Kucing , meow , cat or anything pun panggilan dia ,,, pada fatieyn ianya satu makhluk ciptaan yang sangat comel . kan ? kalau tak takdanya pulak penggemar kucing ni tapi masih ramai jugak manusia ni benci kaum kerabat kucing ni .. hmm Pada fatieyn la , tiap orang tu ad pendapat dia sendiri tentang kucing ni antara baik atau buruk, macam fatieyn pun ada kucing gak , emm dari kecik fatieyn xdidedahkan pun dgn kucing ni so memang fatieyn anti gila kot dgn kaum kerabat kucing ni dulu . Tapi ad la satu harini , seorang hamba allah dia cerita la dekat fatieyn tentang kucing yg dia pelihara tu , dia punya excited bercerita tu memang fatieyn salute la , ye lah daripada seorang yg memang "antikucing" fatieyn boleyh tukar 360 darjah persepsi fatieyn pasal kucing ni .Since that day , fatieyn pujuk la my mom supaya bg pelihara kucing ni ... n yess ! berjaya , well nak hidup kan kena pandai bodek mak .oppss Sebenarnya entry fatieyn yg first ni , fatieyn nak share sikit keistimewaan kita pelihara kucing ni ,tapi dah terlanjur panjang la pulak intro-nya
Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik
Memelihara haiwan kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila kita memelihara seekor kucing. Kucing ni kawan yang setia dan yang pasti kita tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.Kalau korang xpercaya la kan, cuba korang tanya feedback orang yang pelihara kucing ni .Bukan tu je , aktiviti membelai kucing ni dapat mebantu menurunkan tekanan & stress pada diri kita tau . Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.
moment yang korang duduk then si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya then kita lupa dengan kepenatan seharian.see ? it's work right? Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, kita telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood sendiri Ini kerana tubuh badan kita menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.Selain tu pelihara kucing ni sebenarnya dapat mendidik anak-anak untuk belajar menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.
Keistimewaan #2– Saling Berkasih-sayang
Korang nak tengok contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.Nak cakap betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa fatieyn cakap centu ?
okey see , tiap kali Waktu Subuh fatieyn dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan fatieyn . Selagi tak bangun, selagi tulah kucing putih ini akan buat bising betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga then,Sebaik sahaja fatieyn mengalah dan bangun solat, barulah kucing ini berhenti buat bising . Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.Di sini fatieyn belajar something tau dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan make sure yg rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus dsb hehehe .Well ,mana ada kucing yang nak lepas centu je haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah fatieyn ni akn tunjukla hasil tangkapan itu kepada fatieyn (kucing i tak makan buruan ni ni okey ).Sebagai tanda terima kasih, fatieyn upah pula dengan pujian, dan makanan yang best-best untuk dia
Keistimewaan #3 – Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri&Kedekut
Memelihara kucing ini membuatkan kita dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras macam batu tu, fatieyn sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.hahaha
Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:
“Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”
Fatieyn memang tak faham macam mana ada manusia yg tergamak memijak, menyepak dahtu memotong dan menyiram air panas pada binatang yang tak berdosa ni.hishhh serious xleh imagine dekat mana diaorang letak rasa prikemanusiaan diaorang tu ... Agaknya dah hilang akal sampai tak ingat Tuhan Maha Melihat setiap apa yg dia buat tu. Memalukan betul ! naaaa Jangan lupa pada kisah seorang wanita yang dicampak ke dalam neraka kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan. Inikan lagi dicederakan sampai macam tuKomitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.Bukannya rugi apa pun.Bagi sekadar yg mampu je la . Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun korang akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.
Keistimewaan #4 – Mendapat Pahala
Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ali ‘Imran: 190)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali ‘Imran: 191)
Tak ada satu pun yang dicipta oleh Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.Buat baik pada kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:
Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.
Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.
Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Riwayat Muslim
Okey , nampaknya sampai dekat sini jelah dulu entry fatieyn pasal keistimewaan kucing& maanfaat peliharanya ni . Sesungguhnya kita makhluk allah dan begitu juga haiwan dan sebagai makhluk ciptaan allah yg dicipta sempurna sifatnya mampukah kita melayan haiwan ini dengan penuh rasa berprikemanusiaan ? tepuk dada tanya hati . okey guys , sekian dulu . assalamualaikum ~
Okey , nampaknya sampai dekat sini jelah dulu entry fatieyn pasal keistimewaan kucing& maanfaat peliharanya ni . Sesungguhnya kita makhluk allah dan begitu juga haiwan dan sebagai makhluk ciptaan allah yg dicipta sempurna sifatnya mampukah kita melayan haiwan ini dengan penuh rasa berprikemanusiaan ? tepuk dada tanya hati . okey guys , sekian dulu . assalamualaikum ~





